There is request from someone for this dishes.So,there you go,i brought a Spaghetti Meatball ;
Bahan-bahan;
1 paket spaghetti,500 gm(Brand San Remo)
3 biji bawang kecil dipotong halus
4 biji bawang putih dipotong halus
1 paket daging cincang,500 gm
8-10 biji meatball
1 botol sederhana sos Prego tradisional
1 tin kecil tomato puri (boleh juga guna tomato sos)
1/2 tin cendawan butang,siap dipotong
1/2 lada begala warna hijau size besar dipotong dadu
1/2 lada begala warna kuning size besar dipotong dadu
1 lobak merah dipotong dadu
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk oregano
garam secukup rasa
sedikit minyak(5 sudu besar minyak)
*mozrella cheese dan daun ketumbar (nak guna boleh,tak nak pun takpe^^)
Cara-cara membuat ;
Sos Spaghetti
- Panaskan 3 sudu minyak dlm kuali,tumis bawang kecil dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan daging yg telah ditoskan dengan air,dan kacau sebati.Goreng sehingga separa lembut.
- Masukkan pula sos prego dan tomato puri.Boleh juga tambahkan sedikit air,ikut suka.Kacau sehingga dahing menjadi empuk.
- Masukkan pula sayur lada begala hijau,kuning dan lobak merah.Kacau sebati.Sehingga sayur tersebut menjadi lembut.
- Letak sedikit serbuk perasa seperti oregano,lada hitam dan garam.Secukup rasa.
- Kacau sehingga sebati atau sos tersebut seperti pecah minyak(ikut istilah org melayu..)
- Siap dan ketepikan.
Meatball
Panaskan minyak.Goreng meatball sehingga garing atau warna keemasan.Angkat dan ketepikan.
Spaghetti
- Jerang or didihkan air setengah periuk bersama dengan 2 sudu besar minyak.Minyak dimasukkan bagi mengelakkan spaghetti yg dimasak tadi melekat.Setelah air mendidih masukkan spaghetti.
- Rebus sehingga spaghetti masak da lembut.Angkat dan toskan ia.
Setelah masak dan ditoskan,letak spaghetti keatas pinggan dan curahkan sos spaghetti keatasnya.Letak meatball yg telah digoreng atasnya.*Taburkan sedikit parutan mozrella chesse diatasnya dan hiaskan dengan daun ketumbar.Siap untuk dihidang ;)
p/s:my sugar daddy@achik bobot suke bangat dengan dishes ni.Nnt nak buat utk si dia.
No comments:
Post a Comment