السلام عليكم....

Little devil is speak out

aku...ekin...dan...

Wednesday, January 25, 2012

Kek Coklat



Actually kek coklat ini di buat atas permintaan adek2 ku,plus bday mak lang and achik..so aku wat la kek coklat nie ;)




Bahan-Bahan

300 gm mentega
300 gm gula kastor
550 gm self-raising flour (tepung kotak@tepung naik sendiri)
5 biji telur
50 gm cocoa powder
1 tsp vanila
1tsp baking powder / soda bikarbonat
5 tbs susu krim sejat
*sedikit coklat cip (ikut suka,nak letak boleh,xnak pun tak pe)

*topping : gula icing /coklat masak dicairkan

Cara-cara
  1. Mentega di gaulkan bersama dengan gula.Pukul sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Masukkan tepung.Pukul sehingga kembang.Gaul sebati.
  4. Letakkan susu krim sejat.
  5. Masukkan pula cocoa powder sedikit demi sedkit.
  6. Letakkan pula vanila,baking powder atau soda bikarbonat.Pukul sehingga kembang.
  7. Siap untuk dibakar.*coklat cip boleh diletakkan diatas kek sebelum dibakar
  8. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 30 -45 minit.(Panaskan oven sebelum kek di bakar)
  9. Untuk topping pula,selepas kek dibakar boleh taburkan gula icing diatasnya atau boleh tarukkan coklat yg telah telah dicairkan.

p/s ; pak lang suke makan,kalo ikutkan pak lang tak suke makan kek,kali ni ada exception;)

No comments:

Post a Comment