Dekat rumah,ayam goreng berempah la paling digemari.Itu sahaja permintaan adik-adik.Senang and mudah sahaja untuk buat dan goreng ayam berempah ni,tak susah pun,so kali ni saya nak kongsi resepi tersebut ;)
Bahan-Bahan
Ayam 1/2 ekor -potong kecil dan bersih,toskan
6 bawang kecil-ditumbuk atau dikisar
3 ulas bawang putih-ditumbuk atau dikisar
1 inci halia-ditumbuk atau dikisar
2 sudu besar kunyit
2 sudu besar cili boh
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari ayam/daging
5 sudu besar tepung jagung
secukup rasa garam
minyak untuk mengoreng
Cara-cara :
- Ayam yang telah dibersihkan lalu gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
- Kemudian,gaulkan dengan bahan yang telah ditumbuk,masukkan juga serbuk kari,serbuk cili dan cili boh.
- Gaulkan sebati,lepas tu masukkan pula tepung jagung,selepas itu perap selama 30 minit agar ia kandungan tersebut meresap kedalam ayam tadi.
- Selepas diperap,boleh digoreng dalam minyak yang panas,goreng sehingga kekuningan pada api sederhana.
- Siap dan dihidangkan dengan sos cili thai,perghhh..menjilat jari ;)
No comments:
Post a Comment