السلام عليكم....

Little devil is speak out

aku...ekin...dan...

Thursday, November 24, 2011

Egois

Aku ke yang bersalah ? Selamba dia jer cakap aku dah takde perasaan kat dia, “B rasa ayang makin lama makin jauh dari B”,dia cakap aku dah takde hati kat dia,semua benda aku bangkang,urmmm..sebab xnak ikut balik perak?then u jump into conclusion that I’m not love you anymore? How could u said that ? Why ? Dah cakap banyak kali kot,dah banyak kali discuss kot pasal benda nie,I’m not ready to “MEET THE PARENT”S”.Then u said,why ? apa yang x ready ? nak tunggu apa,kita tunang jela dulu..27 Nov nie..lagipun Ma cakap wat skali ngan akak.. “arrghhh,xkan 27 Nov nie ? Awal kot..lagipun tau kan ekonomi pun tak stabil lagi”. Ala,kita tunang je dulu,ok..lagipun takyah riso la,ada j rezeki tu..Macam-macam alasan yang diberi untuk mengukuhkan lagi fakta kamu itu.Serabut perut.Pening.Tidak termakan dengan pujukan kamu itu,akhirnya kau give up,mengalah jua.Kau senyap.Aleh-aleh kau hantar sms kepadaku.

“Ku menyintaimu,lebih dari apapun..jangan kecewakan hati dan perasaanku yang ikhlas terhadapmu..Ku tak sabar untuk menjadi teman hidupmu..”

Bukan aku tak sudi,tapi aku sentiasa menginginkan kamu.Cuma pernah kau terfikir kenapa aku bertindak begitu.Kau terus kata aku takde perasaan.Aku amat menyayangi kamu.Tunjukkan aku yang aku betul-betul bersalah jika kesalahan itu kau yang lakukan.Prove me I was wrong.Show me the true path I should go.Apa yang perlu aku lakukan lagi untuk menunjukkan kau yang aku pilih.Aku bukan Ego,Cuma ingin kau sedar yang aku juga ada hak untuk menentukan apa yang aku inginkan.

Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

Sudah aku cakapkan banyak kali “Saya tetap milik awak,Syed”,Cuma kau belum ada hak atas aku lagi.Tolonglah jangan kau ragu lagi dengan perasaan ini.Setiap langkah yang aku ambil,aku takkan menyesal dengan pilihan aku.There is no mistake,only a lesson.Percayalah cakap aku,yang kita ditakdir bersama walau ada yang tidak mempersetujui hubungan ini.Aku akan tetap menunggu perubahan itu.

Monday, November 21, 2011

Kek Batik


Tibe-tibe ngidam nak makan kek batik eh baby,hehe..ngidam ke ? hikhik..Actually lama gak la i tak wat kek batik nie,time duk UMT dulu,rajin gak la wat untuk housemate,pantang ada permintaan,mesti akan wat nyer la,hehe,the most wanted ialah Syam ngan Aca,mesti giler jadi nyer bile diaorg nie ngadap kek batik aku nie,aku pun tak paham,ape la yang sedap nyer,biasa jer,ladi sedap kek coklat kot,hehe ^,^

Last aku wat kek batik nie,time raya aritu,adik aku@alang beria-ria minta wat,aku pun wat la time bulan pose,ingat kan ley simpan tuk raya nnt,aleh2,lepas balik semayang taraweh,abih diaorg kerja kan,paling lama tahan pun dua ari jer,siighhhh....Since ada permintaan and baby pun minta resepi,so aku share kan kat blog nie,hehe



Kek Batik

Bahan-Bahan

250 gm butter (aku suka guna brand Buttercup,sebab sedap bau nyer...)
6-7 sudu besar milo (sepupu aku guna serbuk coklat )
1/2 tin susu cair (guna brand Dairychamp pun ok gak )
1 paket biskut marie@lebih pun takpe,ikut suka (warna putih,bukan jenis koko tau)

Cara-cara :

Butter dicairkan dalam periuk atas api yang sederhana,selepas itu masukkan susu cair dan kacau perlahan-perlahan.Masukkan serbuk milo sedikit demi sedikit.Kacau perlahan-perlahan sehingga sebati.Biskut Marie dipatahkan dua.Masukkan biskut tadi kedalam periuk.Kacau sehingga menjadi likat,sampai dah tak boleh nak kacau lagi.Angkat dan letakkan dalam bekas,dan tekapkan sehingga menjadi rata,padatkan.Biarkan sejuk seketika dalam suhu bilik,kemudian baru masukkan dalam frezzer.Setelah sejuk,potong-potongkan,siap dihidang.


Wednesday, November 16, 2011

Saja lalu...

Actually time ni mmg bosan giler..xde watpe..so online la..on FB,pastu da bosan...g baca anime...best..enjoy...bile da naik poning pale nie..g la Youtube...niat di hati nak tgk movie trailer 2012..banyak cite best !!!!! Cant wait !!!!! >.< tibe-tibe tertengok vid nie lak..suke dengar suara mamat nie...terus rasa nyaman jer...




Thursday, November 3, 2011

Perempuan di atas dan lelaki di bawah



Mula-mula syok,
masuk kali kedua,mula bosan
Lama-lama naik menyampah,

Dalam hati tanya,ok x nie ?
Hati kata tak ok,otak kata okies,
tak pe,kasi peluang...kot..
mengomong seketika..

Lelaki,
Adakah kau memang dilahirkan untuk jadi ketua?
Perempuan pula bagaimana? Pengikut ?
Kau arah,aku ikut..
macam tuli...tapi...

Lelaki,
Sedarkah kau perempuan itu dilahirkan dari tulang rusuk kau !
"Shera Aiyob,kau sebagai dari tulang rusuk kiriku,syg awak sangat-sangat"
puitis Zahril Adzim dari blog nyer,
Indah lontaran itu untuk kekasih hati,

Lelaki,kau perlu ingat,tak semua perempuan suka posisi atas
Tercabar,
tunjukkan aku kehebatan kau,

Lelaki,kepadamu aku berterus terang..
Aku suka Kau...tetapi..
Kau masih ditakuk lama,
Itu pada pandangan aku,
Perubahan perlu wujud dalam diri kau
Mulut kata "ya",hati kata "tidak"
Aku mual dengan keadaan kau...

Lelaki,aku suka kau di atas,aku di bawah
Secure,Comfort and protective
Aku akan bertahan menunggu perubahan...
Selagi mampu...Jangan aku berubah..

Lelaki..aku hormat kau sebagai Pemimpin bukan ketua...

*Adalah haram bagi seorang isteri menyimpan perasaan cinta kepada lelaki selain suaminya.

Wednesday, November 2, 2011

BENTO FOR LUNCH


Dulu time keje kat Amassurance dulu,selalu sangat bawa "Bento",nak jimat la katakan,sebab sale x menjadi,so terpaksa la mengikat perut and pekak kan telinga bile org lain ckp "uiihhh,bw bekal,ley beli Benz ni,jimat la katakan" another fellow lak,"wahhh,kedekutnyer ko,sampai bw bekal stiap ari"..well,juz smiling bile org ckp camtu,lantak ko la,positive minded,makanan dari rumah lg elok mkanan luar,(geram actually!!!!)....

Peduli la apa org nak cakap,actually,here i would like to share with you resepi..

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

*Sebenarnya,aritu wat kan bento untuk BF,da janji ngan dia at least once a month akan masak untuk dia,kali nie wat Ayam Goreng Berempah lak untuk dia,hehe.Memang suke giler masak,mesti akan cube resepi-resepi baru,pantang dapat nama lauk tu pelik jer,mst akan cube,padahal sama j,cume nama j lain.Bahan eksperimen akan dibuat oleh Prof Shiekin,dan tikus makmal nyer ialah angah and alang,pastu tikus makmal pun akan berkata-kata "TAK SEDAP".siighhhhhh,sabor je la...


Tuesday, November 1, 2011

Penghujung Chenta

Bile kite nyalakan lilin,cube tengok,samada baying-bayang ikut arah pergerakkan api atau sebaliknya? Double meaning,tp aku pretty sure soalan yg diberi itu pasti ada klise semacam,jadi aku tarik nafas lalu menjawab, “baying-bayang ikut arah api la,betul x ?”, “yup,right,jadi life kite nie camne?”,erkh…maksud? Blur la….He grins and continue his words, “maksudnya,life kita ni kena ambil akhirat so dunia akan follow,mcm lilin tu,lilin tu ialah life kita,api ialah akhirat dan baying-bayang ialah dunia,…”.Again,he continue his lecture,and I feel like I was little girl listen to father word,sometime nodded and sometime shake my head if doesn’t get the clue. Dia pula terus berkata-kata dengan syarahannya,kadang-kadang akan selitkan beberapa hadis untuk menguatkan lagi syarahannya.Kadang-kadang aku sendiri rasa tercabar dengan kata-katanya,sukar untuk aku menyangkal pendapatnya,terutama bab agama,pasti akan kalah.Walaupun intelektual kami memang jauh berbeza,tapi dia tetap mengagumi aku,terlalu banyak pengalaman hidup dia berbanding aku.Pengalaman hidup yang banyak member kepuasan dunia berbanding akhirat.

Masih segar lagi bagaimana dia begitu tegas mengatakan dia pasti akan mengutamakan kawan-kawan dia daripada family dia sendiri.Katanya dia memperolehi kasih sayang dari kawan-kawan bukan daripada family.Dalam rangkingnya,kawan-kawan is on the top,follow by mama,abah,adik beradik then baru yang lain-lain.Aku terkesima dalam diam,hati aku berkata-kata, “aku ni rangking ke berapa ?”,aku mula fikir yang bukan-bukan.Baru 6 bulan kami bersama tapi dah macam-macam ujian.Mengadu nasibkah aku ini ?,Jauh sekali bukan mengadu tetapi meluahkan emosi yang membara.UJIAN.

Baru-baru ini,dia meminta pendapatku lagi tepat meminta izinku.Mahu berjumpa dengan bekas tunang,mahu mengambil kembali surat,dokumen dan yang paling penting wang hantaran.Begitu terperinci dia memberi alasan-alasan yang munasabah.Aku diam.Lunch waktu itu menjadi hambar.Senang aku memberi jawapan padanya, “walau apa-apa pun alasan,jawapan is NO,TAK BOLEH jumpa,ok”,dia senyap,mengangguk mendengar arahan dictator ini.Pulang sahaja kerumah,aku meminta pandangan ibu,bising ibu aku,kata ibu, “kamu tak de hak nak halang dia jumpa,kamu bukan ada ikatan sah dengan dia”.Pening.Serabut.Itu lah aku alami.Jadi dengan berat hati,aku merelakan dia untuk berjumpa,namun dia jumpa atau tidak,itu diluar pengetahuan aku.No comment.Lewat petang,dia cuba menghubungiku,namun tidak dapat kerana aku sedang dalam discussion.Hanya sms sahaja yang aku dapat, “Sayang ayg sgt2 tau,B nak g Hospital Serdang,ayg la semangat B,thnx ayg,doakan B slalu dan ingat B na..”

Bagiku dia terlampau jujur,semua perkara dia lakukan,pasti akan berterus terang,tidak kira la samada benda jahat mahupun tidak,semua akan dijelaskan kepadaku.Kelebihannya ialah jujur,namun jika disalah erti seperti dia sedang mengadu susah padaku.Perasaanku mula goyah,aku faham dan sedar yang masing-masing ada komitmen dan tanggung jawab.Jujur aku katakana,hubungan ini sudah mencecah 6 bulan,tapi belum sekali kami keluar pada hari minggu.Hanya lunch sahaja,mungkin sebab ekonomi,aku mula mengerti.Tak puas hati.Aku dan dia berbincang,terutama bila berada dijalan buntu,pasti akan berbincang.Tetapi,makin kerap kami berbincang,makin kerap bercanggah pendapat.Adakah ini menunjukkan hubungan kami ada masalah atau ia merapatkan lagi.Gusar.